Geng Kakak Tembam

09 July 2010

Tolong Jangan Jadi Macam Ini Orang




Wah3...hari nie terasa nak update blog awal-awal. Hari nie juga terasa nak taip tanpa tulisan ringkas-ringkas okey. Tapi...sori kepada semua sebab ayat-ayat nie tak boleh ditukar ke bahasa negeri lain sebab Miss dah cukup selesa bercakap dengan bahasa negeri sendiri. I am not a hypocrite. Miss just nak jadi diri sendiri. Itu saja.
Miss rasa2 macam tak puas hati ja kat seseorang tue. So, kat sini la nak luah apa yang terbuku di hatiku ini. Nasib baik belajar buat blog nie, ada juga tempat nak lepaskan geram, gembira, sedih and sewaktu dengannya. Kesian kat blog Miss nie kan, terpaksa dengar cerita-cerita tuan punya blog dia. Thank you very much BLOG MISSSIPPTEMBAM ye.
Tanpa membuang masa dan tenaga, Miss nak gosip-gosip sikit tapi cerita yang nak di storykan nie...bab tak puas hati dekat seorang mamat tue ok. Mamat nie Miss kenal sewaktu kerja sama-sama. Ada la sewaktu ketika tue, kitaorang saling sayang-menyayangi (Mr Love, jangan cemburu tak tentu pasal ek, nie adalah long story punya cerita okey). Pas-pas mamat tue dapat kerja lain, kitaorang jarang sangat contact. Dan Miss lupakan terus perasaan tue. Ok-ok, tak nak cerita dah pasal cintan lama-lama. Yang terbaru, mamat tue dah kahwin dan paling terkejutnya. Facebook dia pun dah delete. Ayoyo....Miss tahu, dia dah kahwin, macam la nak kacau-kacau rumah tangga orang. Lagipun Miss dah jumpa insan yang lebih baik dan jujur terhadap perhubungan kami nie.
So, Miss nak kata sesuatu kat mamat tue, berkawan nie, kita tak kira tua muda, bujang duda janda, yang dah kahwin dan beranak pinak pun...kalau dah nama kawan...tetap kawan juga. Miss tengok, ramai yang dah kahwin tapi ada juga berchatting nie. Bukan berchating nie nak menggatal ke apa ke, chatting nie banyak juga kebaikan dia. Dapat tau juga keadaan kawan-kawan kita. So jangan disebabkan kahwin putus terus dengan sahabat. Ok fine, Miss pun tak hingin dapat kawan macam nie. Yang selalu perasan pekerjaan dia bagus. Jangan hina orang yang bekerja biasa. Janji tue rezeki yang halal.
Oklah...tak mau berletiaq lagi, dah puas nie nie lepas perasaan menyampah. Satu yang Miss nak peringat tak semua benda yang elok selalunya elok belaka...kita tak tau lagi masa hadapan kan..tah-tah kat orang yang kerja biasa nie juga nak minta tolong. So, ingat-ingatkan lah k.



p/s : kepada mamat tue. semoga berbahagia kepada anak cucu cicit. To Mr Love, I love U so Much. Xada kedua ketiga dan seterusnya.













2 comments:

Mr. J pengeRindu said...

pipi yg temban.. eh.. keluar tajuk plak.. Mr Love marah x? hehe. salam kenal

jangan gaduh rindu = pengeRindu

Miss Si Pp Tembam said...

hehehe..pipi ceq dah tembam pon. Xtau nak kata la tapi agak2 mr love xmrh kot....huhuhu. Salam kenal jgk

Label Blog Kami