Geng Kakak Tembam

09 June 2014

Persediaan Melangkah Ke Alam Perkahwinan

Assalamualaikum.

Lama sungguh tak update diari online ni. Terasa kekok jejari Miss yg gebus nie menekan-nekan huruf-huruf di keyboard. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman hidup Miss di sini. 
Pada tahun 2013 banyak suka duka yang Miss lalui. Ada seronok, ada sedih. Dari single menjadi duet, dari duet menjadi trio. Dari trio menjadi duet balik. Mesti hampa-hampa tak faham apa yang Miss melalut kan. Nanti Miss story mory kat hampa-hampa. 
First sekali Miss nak kongsi pengalaman Miss sebelum di ijab kabul. Dari Kursus Pra Perkahwinan, Test HIV, Borang Nikah sehingga ke Ijab Kabul.

Kursus Pra Perkahwinan   

Miss paling malas bab nie. Selalu kalau dengar ceramah, taklimat, kursus mesti tak sampai 10 minit...start la mulut ni menganga luas-luas (menguap). Hampa semua mesti macam Miss juga kan. Banyak kali bertangguh...sampai satu masa memang wajib kena ambil, tak boleh tangguh dah. 
Miss, Encik Husband dan sahabat baik Miss merajinkan diri daftar di Zaliny Enterprise di Bangunan Peruda Alor Setar Kedah. Kami bertiga ambil hari Jumaat dan Sabtu...maklum la Ahad kena bekerja kecuali Encik husband.Tiba pada tarikh tersebut kami bertiga dengan semangat berkobar-kobar pergi ke tempat tersebut..yg bestnya kami terlupa nak tanya di mana tempat kursus tu. Tengok pejabat tutup...kami pusing sekeliling kawasan tue. Dah macam Runningman kalau hampa tengok. Betul kata pepatah Melayu 'Tidak Bertanya Sesat Jalan'. Last-last kami telefon tempat kursus tue. Rupanya di belakang Bangunan Peruda. Terpaksa drive ke situ.
Alhamdulillah sampai ja tempat tu tak bermula lagi. Lepas daftar ambil tempat. Selama dua hari kami berkursus akhirnya dapat sijil. Hooreyyy dah boleh kahwin...hehehe. Nanti Miss cerita pasal Test Hiv plak.
Untuk maklumat lanjut pasal Zaliny Enterprise..hampa-hampa boleh tengok di sini

 http://zalinyent.blogspot.com/2014/03/tarikh-dan-borang-permohonan-kursus.html


Jadual dan tarikh untuk kursus

No comments:

Label Blog Kami