Geng Kakak Tembam

20 August 2014

Jamuan Raya Dan Bacaan Yasin


Masa: 11 am - 3 pm
Tarikh: 16 Ogos 2014
Tempat: Rumah Uncle Hahsim

Macamana boleh buat Jamuan Raya Taman dekat rumah Miss kan. Abah Miss JKKK taman yang Miss duduk. Kebetulan abah nak pergi buat haji. Abah nak buat la bacaan Yasin sikit. AJK taman dah sepakat nak buat sekaligus bacaan Yasin dan Jamuan Raya kat rumah. Depa semua nak menghargai abah yang dah lama jadi ketua depa.

Ramai yang datang, penuh satu rumah untuk bacaan Yasin. Luar pun penuh. Miss pun baca Yasin dalam bilik ja dengan sepupu-sepupu. Pas bacaan Yasin, semua boleh la p Jamuan Raya. Tak jauh mana pun..langkah pagar ja. Khemah tak silap ada 7 buah. Senang orang nak jamu selera kan.

Makanan ada nasi, laksa, dadih, buah-buahan. Gambar memang tak sempat nak snap. Miss kalut dok amek makan. Menambahkan berat yang ada. Gambar semua ada dekat ibu...

Tapi ada la gambar dengan husband, dengan baby. Baby sapa...baby orang la. Nak ada baby lambat lagi kot. Tak dak rezeki lagi. Insyaallah tahun depan..Doa-doakan la na...
Sebelum nie dah letak pic kan. dalam entri yang lepas. Tapi gambar nie sebenarnya untuk entri yang ini. Layan p la noh

Pic nie sepupu Miss yang kecik2 tue la snap. Masa bila pon xtau. Kira pic candidNi Miss dengan baby orang. Abah dia pelakon dalam cerita Yem Rempit dekat Astro. Yang jadi wak tu


No comments:

Label Blog Kami