Geng Kakak Tembam

Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

12 June 2014

Majlis Bertandang Niesa Hahsim dan Rizal Said


Assalamualaikum.

Kami memilih 28 Mei 2013 sebagai Majlis Bertandang. Majlis sambut menantu ni kami buat di Dewan Tanjung Piandang. Husband Miss kan orang situ. Kerja ja di Pulau Pinang. 

Pagi-pagi dah bangun untuk makeup dan bersiap di Butik Lynda. Mak Cik Ida tak bagi makeup dekat lain...lagipun dekat katanya. Tak pa...sponser punya pasal, cheq tak kisah. Hehehe.

Empat buah kereta kami konvoi ke sana. dalam pkul 3 petang kami sampai. Untuk majlis nie kami tak pakai photogrpher juz adik beradik ja tolong tangkapkan. Majlis pun biasa-biasa ja. Tak kisah la semua tu...tak penting kan. Yang penting selepas kenduri, banyak kena pakai duit. Ingat tu bakal pengantin...jangan boros time kenduri tau.

Tema untuk Majlis Bertandang kami sepakat memilih 'emerald green + gold',  orang Kedah kata hijau tua. Design ala gaun ckit. Nak kata cantik, memang cantik...hampa tengok sendiri la noh...hehehe...


Ondway nak p Perak

Miss dan family husband


Masuk dewan


Miss dan sepupu


Family Husband

Kawan baik Husband

Suami Isteri

Kami dan anak-anak menakan husband. Cucu pun ada

Habis tak dak kerja depa nie

Husband and wife

Family Miss. Luv U all

Miss dan adik kesayangan.

Alhamdulillah selesai semua majlis. Bersyukur sangat. Terima kasih semua.
Love u all so much. Muaahhh



Sekitar Majlis Resepsi





Assalamualaikum.

Dalam entri yang lain Miss ada story pasal Majlis Resepsi Miss. Nie Miss nak tunjuk gambar-gambar sekitar Majlis Resepsi Miss di rumah. Jom kita jamu mata.


Raja Sehari
Qenyehnya I...rasa mcm model ja...hehehe
Permaisuri Sehari :)
Suka tengok pic ni..pipi tetap tembam
Sebelum kita jamu selera...snap pic dulu
Antara tetamu yang hadir  dan menu yang ada
Otai-otai taman yang masak
Dekat pelamin

Best friend semasa sekolah Menengah...Miss u All

Balong dengan bakal kakak ipaq

Husband dengan kakak, anak sedara dan cucu... Miss dah dapat pangkat
Tok Su...Nenek muda gitu

Miss bersama kakak, anak sedara dan cucu sebelah husband

Acara potong kek...thank kak Rizaida

Awal kahwin kemain la suap...dah lama kahwin...insyaallah nak mcm ni juga

Tu..cak...hehehe

 Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t Majlis Resepsi berjalan dengan lancar. Walaupun kelam kabut tapi tetap berjalan dengan meriah. Terima kasih kepada keluarga kedua pihak kami yang membantu. Tak lupa juga Owner Butik Lynda iaitu Mak Cik Ida. Semoga semuanya dimurahkan rezeki dan berjaya di dalam bidang masing-masing. Amin.

p/s : Nanti Miss update outdoor plak



Resepsi Niesa Hashim dan Rizal Said


Miss memilih 18 Mei 2013 sebagai tarikh Resepsi. Puas pilih tarikh nie, semua disebabkan pilihan raya.

 Untuk kad kenduri Miss beli kad kosong dan isi design sendiri. Nak tempah, orang tak nak sebab Miss nak ambil dalam masa seminggu. Tak sempat depa buat. Beli printer dan laptop sedia ada, design sendiri. Pelan rumah pun Miss reka sendri. Bayangkan dalam satu malam siap design semua. Gigih tak Miss... Rasa macam tak percaya boleh buat sendiri. Syukur...

Disebabkan Miss anak yang berkahwin dahulu, abah pilih masakan pakatan. Orang yang masak pun otai-otai taman. Ramai yang puji masakan depa. Sedap sangat...

Butik Lynda menjadi pilihan Miss untuk Majlis Resepsi ni. Akad Nikah Miss juz ambil makeup. Untuk Resepsi Miss ambil full. Abah la cadang butik ni..Mak Cik Ida (owner butik) kawan abah. Awalnya nak ambil baju yang sedia ada, tapi tak dak warna berkenan. Last Mak Cik Ida nak buat baju baru. Happy sangat. Mak Cik Ida minta bawa design baju.

Balik rumah kelebek majalah, encik Google. Jumpa juga baju yang berkenan. Print dan hantar kat Mak Cik Ida. Warna yang dipilih royal blue. Bila tunjuk warna dekat mak cik-mak cik Miss, depa tak berkenan plak warna tu. Kol Mak Cik Ida minta sebijik warna dalam design yang Miss bagi tu. Nak jadi cerita, Mak Cik Ida bagitau tak boleh buat baju tu. Bahan tak sempat nak cari.

Sedih gila, last minta Mak Cik Ida buat design yang sesuai. Bayangkan tak sampai seminggu siap baju tu. Pergi test tengok baju plak tak ikut warna yang Miss minta. Nasib baik warna tu pun cantik. 

Bab pelamin, meja makan dan bilik tidur langsung Miss tak tengok contoh. Mak Cik Ida juz bagitau dia buat cantik-cantik. Berserah ja la. Bila geng depa mai rumah pasang semua tue...memang terkejut, sangat cantik. Time kenduri ramai yang tanya ambil butik mana. 

Sehari sebelum majlis, Miss dan family tengah siapkan apa yang patut, Mak Cik Ida telefon abah. Dia sponser semua dari majlis akad nikah ari tu, resepsi sehingga majlis baertandang. Tak payah bayar satu sen pun. Patut la, Miss tanya berapa ari tu dia bagitau nanti dia bagitau. Dia niat dah lama nak membantu abah sebab abah banyak membantu dia. Syukur kepada Allah s.w.t. Semoga Mak Cik Ida dimurahkan rezeki selalu. 

Untuk baju family, Miss pilih pink masam (orang Kedah sebut lagutu, Miss nak cerita pun tak tau)

Photographer plak Miss pilih Djati Photographer. Dari akad nikah hingga Resepsi. Murah dah pic sangat cantik. Memuaskan hati. Memang tak rugi pilih depa.

Alhamdulillah Majlis berjalan dengan lancar. 
Ok la..tak mau merepek panjang-panjang...entri lai plak Miss  tunjuk gambar sekitar Majlis Resepsi Miss...hehehe



11 June 2014

Akad Nikah


Pengertian Nikah

Pernikahan atau nikah ertinya adalah terkumpul dan menyatu. Menurut istilah lain juga dapat bererti  Ijab Qabul (akad nikah) yang mengharuskan perhubungan antara sepasang manusia yang diucapkan oleh kata-kata yang ditujukan untuk melanjutkan ke pernikahan, sesusai peraturan yang diwajibkan oleh Islam. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu saling berpasangan, menghalalkan pernikahan dan mengharamkan zina.

Pengalaman 

26 April 2013 ( Jumaat ) merupakan tarikh bersejarah untuk Miss. Kami dinikah di Masjid Kebun Pinang selepas solat Asar. Alhamdulillah dengan berwalikan Che Hashim bin Hassan, Nor Khairunisa' bt Che Hashim sah menjadi isteri kepada Mohd Rizal bin Said dengan sekali lafaz. Syukur kepada Allah s.w.t.

Kami sepakat memilih tema berwarna kuning dan biru tua. Pakaian Miss, minta tolong kawan buatkan. Walaupun tak sama apa yang kita nak, Miss cuba pejam mata. Miss tak nak pikiaq banyak-banyak. Manik & bunga Miss jahitkan sendiri. Bunga 3d Miss tempah online. Terlupa apa nama tokey bunga tu. Kalau untuk makeup plak, Miss ambil di Butik Lynda berdekatan Tesco Stargate. Owner nie kawan abah. Nie juz untuk pakaian ja, pelamin memang kami tak mau...semua untuk jimatkan budget. Kalau bilik pun ala kadar ja. Kita utamakan yang wajib dahulu. 

Time akad nikah nie pun ada lawak juga. Selalu kita bawa dua bantal, satu pengantin lelaki dan 1 lagi untuk pengantin perempuan. Yang untuk pengantin perempuan punya, sapa tah bawa pergi ke depan. Last last tok kadi p duduk. Siap tok kadi kata lagi ' xpala, bagi saya duduk plak atas bantai nie, hampa dok bawah plak noh'. Masa tu ramai yang gelak. Tok kadi ni memang pelawak ckit.

Sebelum akad nikah, tok kadi mai dekat Miss, minta suruh selawat dan minta kebenaran abah hendak bernikah. Tiba-tiba air mata laju ja keluaq, sebak betoi masa tu. Nak cakap pun tak boleh dah. cakap pun jadi bahasa pa pun xtau. Time tu boleh fikir selama ni dok dengan family, nanti kahwin kena tinggal dengan husband. macam2 la fikir. Kalau korang ditempat Miss pun mesti camtu juga kan.

Sebelum hari bersejarah berkunjung tiba, banyak benda yang perlu difikirkan, perlu buat. Berserabut kepala nak memikir. Tapi alhamdulillah, family banyak membantu dari sebelum majlis sehingga selesai majlis. Miss nak ingatkan, jangan stress, jangan fikir benda buruk-buruk nanti satu benda pun tak jadi. 

Selesai akad nikah, kena fikir bab kenduri plak. Nanti Miss update...


Sebelum akad nikah, tok kadi suruh husband lafaz dengan cara sendiri.

Abah & Balong baju hijau. Masa nie tok kadi bagi ceramah sikit. Miss tak dengar sebab duduk dibelakang
( hebat tak tok kadi duduk di bantal pengantin...hehehe)


Alhamdulillah dengan sekali lafaz

Kusyuk I, adik tu juga yang tengok kamera

Adik Miss dan mak cik Miss tengah gosip sakan...hehehe

Alhamdulillah selesai..berdoa untuk kesejahteraan di dalam rumah tangga.
(Husband tersilap pakai inai..habis hitam..hehehe)


Alhamdulillah selesai..berdoa untuk kesejahteraan di dalam rumah tangga.

Alhamdulillah selesai..berdoa untuk kesejahteraan di dalam rumah tangga.

Masa ni tok kadi bagi nasihat, dalam nasihat pun terselit lawak. Semua pakat gelak. Memang sempoi la.

Tandatangan sijil nikah.

Tandatangan sijil nikah. Miss dan abah.

Pelukan antara pak mertua dan menantu kesayangan.

Laga-laga pipi sat...Miss dengan anak menakan sebelah husband.

Miss dan family baru.

Yeayy...dapat gelang..kikiki

Cincin pun dapat juga. Rezeki...

Cincin untuk husband. Gubahan dari Miss...cantik tak?

Pemberian dari kami suami isteri.

Bunga tempah online... Thank kak suhaila abdullah.

Alhamdulillah. Doakan jodoh kami berdua berkekalan  sehingga ke jannah...Amin

10 June 2014

Borang Nikah


Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita dekat blog yang tak seberapa nie. Kali nie nak berkongsi pengalaman Miss berkenaan Borang Nikah. Ni wajib kena ambil tau, kalau tak ambil lagumana nak bernikah.

Kalau tak silap Miss, Borang Nikah kena ambil di Pejabat Agama mengikut daerah masing-masing. Kalau Miss area Alor Setar tapi Miss tak pergi ambil pun...minta tolong Kak Anis, member satu office. Husband Kak Anis kerja kat Pejabat Agama Alor Setar, senang kerja Miss kan. Borang Nikah pun tak silap boleh ambil dekat Tok Imam daerah masing-masing. Ada juga negeri yang hanya melalui online. Tak ingat negeri mana plak.

Borang Nikah ni pun tak boleh suka-suka hati pergi ambil dekat negeri yang hampa-hampa suka. Contoh hampa-hampa kerja dekat Kelantan tapi alamat kad pengenalan Kedah...kena ambil dekat Kedah la na. Jangan ambil dekat Kelantan plak. 

Dah dapat borang, isi dengan teliti. Borang Nikah di Alor Setar boleh diisi dengan tulisan rumi. Tak silap Miss ada negeri-negeri yang perlu diisi dalam tulisan jawi. Selepas isi, perlu dapat tanda tangan tok imam. Miss macam biasa, ambil jalan mudah hantar wakil. Yang jadi mangsa Abah dan Encik Husband.

Tok Imam area Miss lawak ckit. Soalan yang tanya pun lawak. Nak dijadikan satu cerita, Miss tulis mas kahwin seutas rantai. Dengan selambar Tok Imam kata ' Hat ni seutas rantai pa, rantai kapai ka'. Dia nak kita tulis bagi lengkap, seutas rantai leher, kalau gelang seutas rantai tangan. Tapi tok imam tak mau mas kahwin bentuk barang. Dia nak dalam bentuk ringgit Malaysia. Nasib boleh padam dengan liquid.

Lepas dapat tanda tangan tok imam, kena hantar ke pejabat agama plak. Yang ni kena buat sendiri la, orang lain tak boleh tolong dah. Borang Nikah ni selesai dalam dua hari, kena pergi ambil semula di Pejabat Agama dan hantar kepada tok imam. Kalau hampa-hampa nak tau, Miss settle pasal borang tu lagi dua minggu nak akad nikah. Punya la lambat. Yang lambatnya Encik Husband, perlu dapatkan tanda tangan sana sini, kalau siapa yg bakal bernikah dengan anggota tentera akan tau camna situasi ni. 

Settle pasal borang nikah, kena tunggu tarikh yang akan diijab kabulkan. Ketaq, kelam kabut semua ada. Nanti Miss cerita dalam entri yang lain. 


  

Ujian Saringan Hiv


Assalamualaikum.

Bab Ujian Saringan HIV ni pun rasa nak tergelak pun ada, takut pun ada. Nak dijadikan satu cerita, ada la kawan Miss sorang nie dah pun buat ujian ni. Dia bagitau, doktor ambil darah punya la sakit. Korek-korek kulit kita lepas tu ambil punya la banyak darah kita. Miss dengar punya la takut, risau juga la masa doktor ambil darah Miss, tiba-tiba tangan hinggap kat doktor satu hal plak. Tak puas hati tanya husband, dapat jawapan yang sama. Gulp...ketaq satu badan.
Tiba hari nak ambil Ujian Saringan HIV tu. Untuk pengetahuan hampa-ampa semua, Miss buat ujian nie di Hospital Besar Alor Setar. Pukul 2.00 petang baru ada doktor. Miss isi borang, ambil nombor tunggu giliran kena panggil. Sampai giliran Miss, duduk depan Pegawai Kesihatan dengan muka pucat. Punya la takut, Miss siap tanya lagi Pegawai Kesihatan tu sakit ka tak. Rupanya sekali cucuk ja, mana ada korek-korek bagai. Terasa macam tiap-tiap hari nak buat ujian tu. Tak sampai 10 minit result keluar. Alhamdulillah result ok. Lepas ni ke step lain plak....

Contoh Ujian Saringan HIV dari Encik Google

09 June 2014

Persediaan Melangkah Ke Alam Perkahwinan

Assalamualaikum.

Lama sungguh tak update diari online ni. Terasa kekok jejari Miss yg gebus nie menekan-nekan huruf-huruf di keyboard. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman hidup Miss di sini. 
Pada tahun 2013 banyak suka duka yang Miss lalui. Ada seronok, ada sedih. Dari single menjadi duet, dari duet menjadi trio. Dari trio menjadi duet balik. Mesti hampa-hampa tak faham apa yang Miss melalut kan. Nanti Miss story mory kat hampa-hampa. 
First sekali Miss nak kongsi pengalaman Miss sebelum di ijab kabul. Dari Kursus Pra Perkahwinan, Test HIV, Borang Nikah sehingga ke Ijab Kabul.

Kursus Pra Perkahwinan   

Miss paling malas bab nie. Selalu kalau dengar ceramah, taklimat, kursus mesti tak sampai 10 minit...start la mulut ni menganga luas-luas (menguap). Hampa semua mesti macam Miss juga kan. Banyak kali bertangguh...sampai satu masa memang wajib kena ambil, tak boleh tangguh dah. 
Miss, Encik Husband dan sahabat baik Miss merajinkan diri daftar di Zaliny Enterprise di Bangunan Peruda Alor Setar Kedah. Kami bertiga ambil hari Jumaat dan Sabtu...maklum la Ahad kena bekerja kecuali Encik husband.Tiba pada tarikh tersebut kami bertiga dengan semangat berkobar-kobar pergi ke tempat tersebut..yg bestnya kami terlupa nak tanya di mana tempat kursus tu. Tengok pejabat tutup...kami pusing sekeliling kawasan tue. Dah macam Runningman kalau hampa tengok. Betul kata pepatah Melayu 'Tidak Bertanya Sesat Jalan'. Last-last kami telefon tempat kursus tue. Rupanya di belakang Bangunan Peruda. Terpaksa drive ke situ.
Alhamdulillah sampai ja tempat tu tak bermula lagi. Lepas daftar ambil tempat. Selama dua hari kami berkursus akhirnya dapat sijil. Hooreyyy dah boleh kahwin...hehehe. Nanti Miss cerita pasal Test Hiv plak.
Untuk maklumat lanjut pasal Zaliny Enterprise..hampa-hampa boleh tengok di sini

 http://zalinyent.blogspot.com/2014/03/tarikh-dan-borang-permohonan-kursus.html


Jadual dan tarikh untuk kursus

12 December 2010

Alam Pernikahan


Huish....tetiba masuk tajuk entri "Alam Pernikahan"... Msti korang pkir lain kan.
Nie bukan sebab Miss nak menikah k. Miss rasa korang pun faham bila masuk bulan 12 nie.... Terlampau banyak kenduri2 kahwin... Berlambak2 kad yag Miss dapat...bermacam-macam rupa, bntuk kad yg dpt... Ada yg sempat pegi, ada yg xsmpat. Bila agaknya tiba waktu Miss plak masuk ke alam 2 ek (cececece...gatai siot Minah nie). Semua nie kena tanya dekat Mohd Rizal Said la kan.. Xkan Miss plak yg nak kena masuk meminang dia..huhuhu. Pa2 pun, Miss doakan moga2 rancangan Miss & Rizal akan tercapai jua... Miss doakan gak moga2 korang semua berbahagia disamping yg tersayang






  

Label Blog Kami

Aksesori (2) Bahasa & Sastera (2) Hiburan (8) Kesihatan (1) Kucing (6) Lain-lain (3) Lawak (2) Miss Si Pipi Tembam (19) Movie (3) Pelancongan (3) Perayaan (3) Perkahwinan (8) Sejarah (4)