Geng Kakak Tembam

27 January 2011

Gemilang




Gemilang menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

Gemilang memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

Gemilang, drama terbaru TV3 yang akan ditayangkan bermula 24hb Isnin ini jam 9.00 malam.
Yang atas 2 sinopsis yang Miss copy dari Kak Net. Nie Miss nak cerita episod pertama... Kedua, ketiga and seterusnya tengok sendiri k.Bagi Miss drama nie best juga...Miss tengok episod pertama hari tue sedih sangat. Camna perasaan anak-anak yang masih kecil kehilangan ibu tercinta. 4 beradik yang hidup bersama ayah yang hanya berpendapatan melalui menoreh getah. Bayangkan dulu harga getah bapa je kan...la nie siap ada geng Rela jaga dlm kebun getah 2. Kalau tak percaya p belek paper cepat. Ok, berbalik pada cerita asal...anak sulung kepada family tue terpaksa berhenti sekolah kerana nak membantu bapa mereka...nie bukan bapa mereka suruh berhenti k, dia sendiri yang nak..nak dipendekkan cerita, bapa mereka terpaksa menyerahkan adik-beradik tersebut kepada orang lain coz tak nak pelajaran mereka terabai...
Nak tau lagi? Tunggu depan tv koi 9 setiap ari Isnin...sampai situ saja cerita episod pertama. Episod kedua nanti kita tengok sama2 k.

Antara pelakon-pelakon drama Gemilang

Shah Jazle

Tizz Zaqyah

Kamal Adli




  

26 January 2011

Pengetua AF 9

Sebelum nie kita dengar ura-ura macam-macam pasal siapa bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia yang terakhir nie kan...kalau korang da beli paper Berita Harian yang arie nie tau la siapa...
Tadi Miss belek paper Berita Harian, rupa-rupanya artis dari seberang...Indonesia iaitu Ahmad Dhani dari vokalis kumpulan Dewa. Korang msti kenal kan. 
Tapi, Pengurus Saluran Astro Ria enggan menafikan atau mengesahkan perkara tersebut.
So,kita tunggu saja pengumuman pihak Astro.
Nak tau lebih lanjut cari di sini http://www.bharian.com.my

Kejora dan Bintang



Kejora adalah gadis yang memiliki segalanya. Cantik, ceria, selalu optimis, dan kaya raya. Kejora belajar di Jepun. Pak Ryan ayahnya seorang pengusaha ternama di Jakarta. Ibunya sudah meninggal dan Kejora mempunyai seorang adik perempuan bernama Bintang, yang menderita autis tapi sangat mahir bermain piano. Pak Ryan berkahwin lagi dengan Hanifa seorang janda beranak satu bernama Janet.
Suatu hari, Kejora pulang ke Jakarta. Di lapangan terbang, begnya tertukar dengan beg Erlangga, cucu keluarga nenek Gautama yang sangat kaya raya namun sombong, manja, dan keras kepala. Kejora tak tahu bahawa sebenarnya Erlangga adalah kekasih Janet, saudara tirinya. Kejora harus berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh Erlangga gara-gara beg itu. Dan sepertinya juga nasib mempermainkan mereka sehingga mereka saling membenci.
Pak Ryan sebenarnya sedang mengalami masalah besar.Syarikatnya di ambang kebangkrutan, tapi dia merahsiakan dari anak-anaknya. Kejora sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu Joel yg matre, Joel punya adik bernama Fitri yang diam-diam mengagumi Kejora.
Suatu hari, ketika sedang mencari wang pinjaman, Pak Ryan telah dirompak. Di luar dugaan, sang perampok mati terbunuh dalam sebuah kebakaran dan dikira dirinya kerana membawa barang-barangnya. Pak Ryan kemudian sedar, kalau dia meninggal, keluarganya akan mendapatkan wang insurans yang cukup besar. Pak Ryan pun memutuskan untuk berpura-pura mati. Kejora tentu saja sangat terpukul dengan kematian ayahnya. Semeninggalnya Ryan, Kejora jadi sering bertegang dengan Hanifa, sampai kemuncaknya Hanifa mengusir Kejora dan Bintang dari rumah peninggalan ayahnya.
Kejora dan Bintang benar-benar menderita, ditambah lagi, begitu tahu Kejora terusir, Joel, kekasih Kejora malah meninggalkan Kejora begitu saja.
Kejora berusaha menata hidupnya bersama-sama dengan Bintang. Dia berjaya dapat kerja di sebuah cafĂ©. Namun bencana tak selesai merudung Kejora. Saat Kejora sedang bekerja, Bintang malah menghilang. Kejora sangat sedih dan merasa bersalah. Dia tak tahu bahawa Bintang diculik Hanifa yang setengah mati berusaha menutup kenyataan bahawa keluarganya sudah jatuh miskin, sehingga dia menculik Bintang dan meletakkannya dikampung, supaya tidak keceplosan membocorkan rahsia kemiskinannya.
Kejora setengah mati berusaha mencari adiknya. Kegigihan dan perjuangan Kejora ini membuat Fitra jadi iba dan semakin jatuh cinta. Pencarian Kejora terhadap adiknya juga membawa perubahan dalam hubungan Kejora dan Erlangga. Dari saling benci, Erlangga malah jadi menaruh simpati pada Kejora.Bahkan kemudian jatuh cinta.
Para barisan  pelakon Sinetron Kejora dan Bintang adalah Baim Wong sebagai Erlangga, Alyssa Soebandono sebagai Kejora, Amanda sebagai Bintang, Lucky Perdana sebagai Fitra, Eva Anindita sebagai Janet, Cut Keke sebagai Hanifa, Mieke Wijaya sebagai Nyonya Gautama, Mathias Muchus sebagai Ryan dan Rio Reifan sebagai Joel.
Nak tau kesudahan cerita nie...tengok Astro Ria stiap hari Isnin-Jumaat pukul 6.30 ptg. 

Antara Pelakon-pelakon


Baim Wong sebagai Erlangga
Alyssa Soebandono sebagai Kejora
Lucky Perdana sebagai Fitra
Amanda sebagai Bintang
 Lagu Tema Kejora dan Bintang Lirik - Rindu Setengah Mati (D’Masiv)





Aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu


reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati


meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu


repeat reff


aku rindu setengah mati


aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu







   

25 January 2011

Siapa Punya Keja Tah



Pelik, hairan & misteri. Jeng...jeng...jeng... Miss xtak tau sapa punya keja. 2 3 hari dah terjadi. Bila on ja facebook msti ada ja benda yang berbeza. Padahal Miss xpenah online time tue ok. 
Tadi on ja facebook nampak la member Miss dah like 1 benda yang dah Miss post. Herannya...benda pa la yang Miss da post kat facebook 2. Yang paling xsukanya...ada orang wat untuk Miss aplikasi "Anda gemuk @ kurus". Ciss...siot pnya orang...macam perli Miss ja tue. Tapi paling happy nasib bek la jawapan dia 65% kurus. Boleh la tersenyum ckit. Terima kasih banyak2 la tolong watkan noh.
My Hubby pun terjadi benda yang hampir sama dengan Miss. Habis pic Miss depa padam. Status hubungan pun dah jadi single. Hairan betul. Kenapa la ada yang dengki sangat.
Sapa la pnya keja kan. Kalau xdak facebook 2 wat la sendiri. Kalau tak tau wat meh nak wat. Miss kan baik hati..huhuhu...
Aplikasi nie la yang ada orang tolong watkan









  

23 January 2011

Jutawan Gedik+Berita Harian = Best



Tiap-tiap hari belek paper. Xkira paper lama @ baru. Tue la keja Miss tiap2 hari. Bukan 1, 2 paper. 7 paper ok. Berita Harian, Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Sinar, New Straits Times dan The Star. Nasib baik tak kasi paper India dan Cina, kalau tidak gerenti berbintang-bintang kat kepala nie. Nasib baik keja Miss tak susah, juz cari artikel berkenaan Kedah. Kalau sapa-sapa yang nak cari pasal Sejarah Kedah boleh la bagitau Miss...sedia membantu walau susah senang...cewahhhhh.
Satu hari tu, Miss belek la paper Berita Harian 15 Januari 2011. Tiba-tiba....(bunyi macam cerita seram jer), terpandang la kat muka hadapan paper tue...cantiknya. Colour pink...teruja sangat nak tengok terus ke halaman sastera m/s 28 - m/s29. 


Jutawan Gedik. Macam bes ja walaupun Miss bukan seorang jutawan dan Miss juga bukan seorang gedik tetapi tersangat ayu (huhuhu...perasan sat noh). Miss terus baca dan cerita nie memang bes. 


Siri kedua pun dh baca tau.
Siri pertama bertarikh 15 Januari 2011, 
siri kedua bertarikh 22 Januari 2011. 
Kat cni Miss kasi sinopsis Jutawan Gedik oleh Ain Maisarah. Layan...


Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!

Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.

Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!

Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!

Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.

Maka bermulalah pengalaman lucu, kelakar dan menyedihkan dalam usaha mendapat RM1 juta. Ada yang mencari cicak bintik yang dikatakan boleh mengubat AIDS. Ada yang berniaga cupcake. Ada yang buat perkhidmatan pos surat layang Sri Bangsar. Isk! Macam-macam rupanya idea berniaga para pelajar demi mendapatkan RM1 juta.

Dan The Wannababes sendiri mahu mencapai RM1 juta dengan cara paling gedik bergaya. Mereka mahu buka salun dan spa kecantikan remaja. Mampukah mereka jadi jutawan dengan usaha mereka sendiri?

Bacalah kisah lucu gedik dunia remaja. Paling penting, dapatkan moral utama, hargai dana kewangan yang diberikan ibubapa! Ikuti nukilan AinMaisarah dalam novel bersiri Berita Harian bertajuk ‘Jutawan Gedik’
Beskan...kalau bes korang beli Berita Harian tiap2 hari Sabtu ok. 
Kalau korang nak kenal siapa penulis novel nie...click cni  http://ainmaisarah.blogspot.com 
Kalau korang nak baca siri pertama novel nie click sini 

p/s : sori tue kak Ain Maisarah...Ceq copy image juz tatapan pembaca. Jangan marah. Senyum2 sokmo









 

19 January 2011

Baju Pengantin Yang Pelik

Masa Miss search baju-baju pengantin...tiba2 terpikir gak la ada ka baju pengantin yang xsenonoh utk dipandang umum nie. Search pnya search terjmpa la...kat bawah nie da bberpa keping pic...kalau korang berminat boleh la minta tailor2 korang buatkan....

kalau perempuan yang agak kasar ckit tue xleh pkai la gaun nie coz diperbuat pada tisu

nyam...nyam...nyam....gaun coklat

nie nmpak mcm paper lama je kan....

kecian kat burung merak

so sweet...hello kitty








  

03 January 2011

Pantai Merdeka +Yuna + 2011



Hoorayyy...hari nie hari berinternet sedunia bagi staf-staf yang bos mereka masih bercuti. Mari kita luangkan masa mengudate blog. Berkurun rasanya Miss tak menaip kat cnie. Almaklum la, hujung2 tahun arie tue Miss sibuk ciapkan kerja yang tertunggak walaupun sampai sekarang banyak lagi keja tak ciap. Tak pa, bos ceq faham punya.
Berbalik kepada tajuk entri di atas...cewahhh macam pensyarah plak kan. Lantak la...Nie ceq nak cerita pasal aktiviti hujung tahun lepas nie. Miss & family sempat jalan-jalan ke Pantai Merdeka. Nie kali kedua Miss pergi. Kali nie bukan dengan geng tama n ok...nie dengan geng Belia. Yang paling besnya...kali nie Miss tak sewa bilik...kitaorang tido dlam khemah. First time Miss tido dlm khemah... Sumpah...tolong percaya k. Kalu xmau percya tengok pic bawah

Family Bahagia

Percaya ka x

Tengah kusyuk menyembang

Kena cipta logo sendiri

Dah start melukis

Hasilnya
Adik, jangan dok teriak kat sini. Malu aih...
4 kumpulan
Sesi taklimat untuk esok

Kusyuknya


Hari kedua...(hari nak balik umah)
 Yuna?

Eh...eh...eh..Yuna la. Yuna pegi Pantai Merdeka juga ke? Huhuhuhu...ops..korang zoom dari dekat. 



Jauh bebenor Yuna ngan Minah di atas kan. Yuna cute, Minah diatas comel (terlebih sudah) Hehehe. Perasan sebentar nak jadi macam Yuna. 

Jom semak 3 perbezaan antara Yuna and Niesa

Yuna

 

1. Pandai bermain alat muzik.  
2.Suara sedap 
3. Pandai cipta lagu  
4. Kurus 

Niesa


 1. Tak pandai main alat muzik tapi pandai posing dengan alat muzik 
 2. Suara...boleh tahan sedap. Kalau wat album gerenti tak lak  
3. Cipta lagu....oh no....hancussss
4.  Agak kegemukan cikit (gemuk ke)

 Walau cmna pun, Miss tetap suka dekat Yuna...bukan jatuh cinta n jangan salah anggap k. Suka dengan lagu dan cara Yuna.


 Rasanya belum terlampat Miss nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Miss doakan korang lebih tabah menjalani kehidupan seharian korang. Hepi2 selalu.


Terima pic terakhir tahun 2010 dari misssipptembam.
Muahhhh








   

Label Blog Kami