Geng Kakak Tembam

01 June 2011

Makam Tunku Anom, Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam (Lawatan Sambil Belajar Part 1)


Walaupun dah lama berlaku Miss tetap nak cerita juga. Pada hari Selasa…
24/5/2011. Bahagian Koleksi Kedah iaitu bahagian Miss telah mngadakan lawatan sambil belajar ke Kodiang. Nama pun koleksi Kedah…mesti la p tempat-tempat bersejarah. Terasa macam ahli kaji sejarah plak. Sebelum pegi tue…sempat la Geng Gadis Tercun di opis Miss menyenap pic…

Nak mengorat...juz tdung hitam & oren je. Yang 2 org lagi dah kwin k...Kalau korang nak rasa kena karate ngn laki depa...try la...Miss izinkan. Thanks to pemandu pelancong...Pak Ya coz snap pic nie


Tempat pertama kitaorang pegi ialah Makam Tunku Anum, Raja Negeri Kubang Pasu. Ramai juga yang menyangka Tunku Anum nie perempuan...padahal Putera Raja. Sebab tue pentingnya kita belajar sejarah. Tak rugi tau. Sekurangnya apabila orang tanya tau juga kita menjawab...


Makam Tunku Anom, Raja Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam


Tunku Anom adalah putera kepada Tunku Abdul Rahman dan cucunda Tunku Ibrahim, Raja Limbong.
Beliau pernah dilantik sebagai ketua penghantaran bunga emas ke Siam setiap tiga tahun sekali dan diberi gelaran 'Tunku Paduka Raja Jembangan' oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845).

Sewaktu Kedah di bawah pentadbiran tentera Siam (1821-1841), Tunku Anom turut berjuang dengan mengetuai serangan gerilla menentang Siam. Atas kebijaksanaan beliau, Siam akhirnya telah berundur dan Sultan Ahmad Tajuddin yang pada ketika itu dalam buangan di Melaka
telah dibenarkan kembali ke takhtanya semula.



Sebagai mengenang jasa Tunku, Sultan Ahmad Tajuddin telah menganugerahkan Daerah Kubang Pasu yang mengandungi 24 mukim kepada beliau. Bermula pada tahun 1841, Tunku menjadi Raja bagi Negeri Kubang Pasul 'Darul Qiyam, yang berpusat di Pulau Pisang, sehinggalah kemangkatannya pada tahun 1853.

Makam Tunku Anom

Makam bersebelahan makam Tunku Anom. Tak pasti makam siapa





p/s : ikuti cerita pasal tempat bersejarah yang lain plak...part 2 plak k..







   


No comments:

Label Blog Kami