Geng Kakak Tembam

11 June 2014

Akad Nikah


Pengertian Nikah

Pernikahan atau nikah ertinya adalah terkumpul dan menyatu. Menurut istilah lain juga dapat bererti  Ijab Qabul (akad nikah) yang mengharuskan perhubungan antara sepasang manusia yang diucapkan oleh kata-kata yang ditujukan untuk melanjutkan ke pernikahan, sesusai peraturan yang diwajibkan oleh Islam. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu saling berpasangan, menghalalkan pernikahan dan mengharamkan zina.

Pengalaman 

26 April 2013 ( Jumaat ) merupakan tarikh bersejarah untuk Miss. Kami dinikah di Masjid Kebun Pinang selepas solat Asar. Alhamdulillah dengan berwalikan Che Hashim bin Hassan, Nor Khairunisa' bt Che Hashim sah menjadi isteri kepada Mohd Rizal bin Said dengan sekali lafaz. Syukur kepada Allah s.w.t.

Kami sepakat memilih tema berwarna kuning dan biru tua. Pakaian Miss, minta tolong kawan buatkan. Walaupun tak sama apa yang kita nak, Miss cuba pejam mata. Miss tak nak pikiaq banyak-banyak. Manik & bunga Miss jahitkan sendiri. Bunga 3d Miss tempah online. Terlupa apa nama tokey bunga tu. Kalau untuk makeup plak, Miss ambil di Butik Lynda berdekatan Tesco Stargate. Owner nie kawan abah. Nie juz untuk pakaian ja, pelamin memang kami tak mau...semua untuk jimatkan budget. Kalau bilik pun ala kadar ja. Kita utamakan yang wajib dahulu. 

Time akad nikah nie pun ada lawak juga. Selalu kita bawa dua bantal, satu pengantin lelaki dan 1 lagi untuk pengantin perempuan. Yang untuk pengantin perempuan punya, sapa tah bawa pergi ke depan. Last last tok kadi p duduk. Siap tok kadi kata lagi ' xpala, bagi saya duduk plak atas bantai nie, hampa dok bawah plak noh'. Masa tu ramai yang gelak. Tok kadi ni memang pelawak ckit.

Sebelum akad nikah, tok kadi mai dekat Miss, minta suruh selawat dan minta kebenaran abah hendak bernikah. Tiba-tiba air mata laju ja keluaq, sebak betoi masa tu. Nak cakap pun tak boleh dah. cakap pun jadi bahasa pa pun xtau. Time tu boleh fikir selama ni dok dengan family, nanti kahwin kena tinggal dengan husband. macam2 la fikir. Kalau korang ditempat Miss pun mesti camtu juga kan.

Sebelum hari bersejarah berkunjung tiba, banyak benda yang perlu difikirkan, perlu buat. Berserabut kepala nak memikir. Tapi alhamdulillah, family banyak membantu dari sebelum majlis sehingga selesai majlis. Miss nak ingatkan, jangan stress, jangan fikir benda buruk-buruk nanti satu benda pun tak jadi. 

Selesai akad nikah, kena fikir bab kenduri plak. Nanti Miss update...


Sebelum akad nikah, tok kadi suruh husband lafaz dengan cara sendiri.

Abah & Balong baju hijau. Masa nie tok kadi bagi ceramah sikit. Miss tak dengar sebab duduk dibelakang
( hebat tak tok kadi duduk di bantal pengantin...hehehe)


Alhamdulillah dengan sekali lafaz

Kusyuk I, adik tu juga yang tengok kamera

Adik Miss dan mak cik Miss tengah gosip sakan...hehehe

Alhamdulillah selesai..berdoa untuk kesejahteraan di dalam rumah tangga.
(Husband tersilap pakai inai..habis hitam..hehehe)


Alhamdulillah selesai..berdoa untuk kesejahteraan di dalam rumah tangga.

Alhamdulillah selesai..berdoa untuk kesejahteraan di dalam rumah tangga.

Masa ni tok kadi bagi nasihat, dalam nasihat pun terselit lawak. Semua pakat gelak. Memang sempoi la.

Tandatangan sijil nikah.

Tandatangan sijil nikah. Miss dan abah.

Pelukan antara pak mertua dan menantu kesayangan.

Laga-laga pipi sat...Miss dengan anak menakan sebelah husband.

Miss dan family baru.

Yeayy...dapat gelang..kikiki

Cincin pun dapat juga. Rezeki...

Cincin untuk husband. Gubahan dari Miss...cantik tak?

Pemberian dari kami suami isteri.

Bunga tempah online... Thank kak suhaila abdullah.

Alhamdulillah. Doakan jodoh kami berdua berkekalan  sehingga ke jannah...Amin

No comments:

Label Blog Kami