Assalamualaikum.
Bertemu kembali kita dekat blog yang tak seberapa nie. Kali nie nak berkongsi pengalaman Miss berkenaan Borang Nikah. Ni wajib kena ambil tau, kalau tak ambil lagumana nak bernikah.
Kalau tak silap Miss, Borang Nikah kena ambil di Pejabat Agama mengikut daerah masing-masing. Kalau Miss area Alor Setar tapi Miss tak pergi ambil pun...minta tolong Kak Anis, member satu office. Husband Kak Anis kerja kat Pejabat Agama Alor Setar, senang kerja Miss kan. Borang Nikah pun tak silap boleh ambil dekat Tok Imam daerah masing-masing. Ada juga negeri yang hanya melalui online. Tak ingat negeri mana plak.
Borang Nikah ni pun tak boleh suka-suka hati pergi ambil dekat negeri yang hampa-hampa suka. Contoh hampa-hampa kerja dekat Kelantan tapi alamat kad pengenalan Kedah...kena ambil dekat Kedah la na. Jangan ambil dekat Kelantan plak.
Dah dapat borang, isi dengan teliti. Borang Nikah di Alor Setar boleh diisi dengan tulisan rumi. Tak silap Miss ada negeri-negeri yang perlu diisi dalam tulisan jawi. Selepas isi, perlu dapat tanda tangan tok imam. Miss macam biasa, ambil jalan mudah hantar wakil. Yang jadi mangsa Abah dan Encik Husband.
Tok Imam area Miss lawak ckit. Soalan yang tanya pun lawak. Nak dijadikan satu cerita, Miss tulis mas kahwin seutas rantai. Dengan selambar Tok Imam kata ' Hat ni seutas rantai pa, rantai kapai ka'. Dia nak kita tulis bagi lengkap, seutas rantai leher, kalau gelang seutas rantai tangan. Tapi tok imam tak mau mas kahwin bentuk barang. Dia nak dalam bentuk ringgit Malaysia. Nasib boleh padam dengan liquid.
Lepas dapat tanda tangan tok imam, kena hantar ke pejabat agama plak. Yang ni kena buat sendiri la, orang lain tak boleh tolong dah. Borang Nikah ni selesai dalam dua hari, kena pergi ambil semula di Pejabat Agama dan hantar kepada tok imam. Kalau hampa-hampa nak tau, Miss settle pasal borang tu lagi dua minggu nak akad nikah. Punya la lambat. Yang lambatnya Encik Husband, perlu dapatkan tanda tangan sana sini, kalau siapa yg bakal bernikah dengan anggota tentera akan tau camna situasi ni.
Settle pasal borang nikah, kena tunggu tarikh yang akan diijab kabulkan. Ketaq, kelam kabut semua ada. Nanti Miss cerita dalam entri yang lain.
No comments:
Post a Comment