Assalamualaikum.
Betul kata orang, kehidupan selepas berumah tangga penuh cabaran. Sabar, tawakal, bertimbang rasa, saling mempercayai perlu dididik di dalam kehidupan kita. Macam Miss juga, husband kerja Peneng, Miss Kedah. Nak jumpa pun seminggu sekali, 2 mnggu sekali. Kalau kita tak percaya dengan pasangan camna? Takkan husband kita nak pergi kerja kena ikut, takkan nak siasat apa yang dibuat dekat sana, nak contact member2 husband, jauh sekali. Jadi, Miss percaya dekat husband, husband percaya dekat Miss.
Paling bahagia setelah 6 bulan berkahwin. Period tak datang. Excited beli pregnant test. Alhamdulillah, dapat double line. Husband & Miss happy la. Siapa yang tak suka kan. Semangat la tak pakai kasut tinggi, makan pun jaga.
Pergi klinik scan, tak nampak lagi kantung baby, mungkin awal lagi. Pergi klinik lain nampak sikit. Rasa senang hati sikit kan sebab tau diri pregnant. Awal pregnant bleeding...doktor bagi ubat sruh makan. Dapat cuti 1 mnggu.
Masuk ja bulan Disember, pergi scan perut doktor bagitau, kantung tak sama usia tarikh pregnant. Masa tu cuak dan tawakal dah. Nak jadi apa pun reda ja. dalam beberapa hari selepas scan, perut sakit-sakit, senak-senak, darah keluar banyak pada period..memang tak tahan. Kol hubby, hubby balik dari Peneng terus ke klinik. Doktor scan sahkan gugur. Nak nangis pun ada, tapi tahan ja air mata keluar.
Malam tu pergi hospital, doktor tarik kantung kuar. Janin dah tak dak. Tapi kena check in dalam kol 2 pagi sebab masih ada serpihan dalam rahim. Pagi dalam kol 6.30, jumpa doktor pakar, scan bawah...alhamdulillah ada sikit ja serpihan tu. Dia boleh kuar sendiri. Doktor tak nak cuci sebab risau effect apa-apa. Lagipun first pregnant. dapat mc 2 minggu.
Sedih memang sedih. Ada kawan-kawan yang simpati dan ada juga kawan yang mengata. Miss malas nak layan...bila orang kata senyum ja la. Nak membalas bukan dapat faedah apa. Biar la orang nak kata pa kat kita, yang pasti hanya kita dan Allah swt ja yang tau.
Sekarang nie, belum ada rezeki untuk pregnant lagi. Kalau ada rezeki, ada la. Kalau tak dak kita cuba lagi. Tak mau mengharap sangat...nanti stress risau jadi apa-apa. Berserah kepada yang Maha Kuasa..Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment