Minggu lepas ajak my hubby pergi ronda-ronda kot blah Perak dan Peneng. Kami pergi Pasar Kemboja dulu dekat Permatang Tok Mahat Parit Buntar. La just buka hari Sabtu, gerai pun banyak. Sampai ja terus jalan jem. Nasib hubby tau jalan shortcut kot situ maklum la dia orang kot blah tu. Cari parking nasib kejab ja, kebetulan kami sampai ada kereta nak keluar. Meronda sampai serabut kepala ni, orang ramai dengan panas lagi. Nak beli pun susah. Miss just beli jtelekung lace, jubah utk ibu dua pasang. Kain takdak orang jual langsung. Tidak nak juga la borong pakai pergi kerja. Yang banyak jubah, baju kurung dan tudung.
Habis beli, kami meronda kot seberang Peneng, naik jambatan baru. Kejab ja sampai Queenbay Mall. Jalan tak sibuk pun. Kat situ Miss just beli rantai untuk kucing dekat Daiso. Miss belanja husband, adik dan sepupu sorang sehelai baju. Miss dah target, nak beli handbag sahaja untuk tahun nie. Kasut pakai yang lama ckup, tu pun nampak baru sebab pakai sekali ja untuk tahun lepas. Tak mau membazir sangat. Lepas shooping kami pun balik tak ikut jambatan dah, bawa budak-budak tu naik feri. Bukan main seronok depa. Bab berbuka plak, kami berhenti kat bazar dan berbuka tepi pantai. Seronok kot tengok keindahan alam. Nyaman ja rasa...
Hubby, Miss, Adik & Sepupu-Sepapat |
Iftar di Pantai Bersih kat Peneng |
No comments:
Post a Comment