Geng Kakak Tembam

23 June 2011

Kota Siputih, Makam Puteri Lindungan Bulan, Kubang Pasu (Lawatan Sambil Balajar Part 3)


Tersangat la malas nk update my diari. Cian dia...hari nie nk mengabiskan entri yang dahulu kala... Masuk bab sejarah lagi. Terasa macam ahli kaji sejarah plak, Walaupun dah lama berlaku kejadian nie... Miss bertekad juga nk cerita kat hampa semua mana nak tau adik-adik kena wat folio sejarah mengenai apa yang Miss cerita...boleh la cedok skit...
Kali nie Miss nk cerita pasal Kota Siputih, Makam Puteri Lindungan Bulan, Kubang Pasu... Sebelum nak naik atas ada batu tanda yang cerita mengenai sejarah tersebut...


Kota Siputih

Dibina dalam tahun 1282 masehi oleh Tunku Ahmad Ibni Siltan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah). Kota ini dibina untuk di jadikan benteng pertahanan bahagian Utara Negeri Kedah dari ancaman orang-orang Acheh dan Siam. Kota Siputih telah dijadikan pusat pemerintahan bermula dari tahun 1323 masehi, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah diikutu lapan orang Sultan Negeri Kedah. Dalam tahun 1626 masehi, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (Sultan Kedah ke-13) telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Siputih.






Kota Siputih dan Makam Puteri Lindungan Bulan, Kubang Pasu


Dibina pada tahun 1952, oleh Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah)
merupakan pusat pentadbiran Kedah tang ketiga sesudah Kota Bukit Meriam (1136-1236) dan Kota Sungai Emas (1236-1323 di daerah Kuala Muda. Dalam masa tiga ratus tahun lebih terdapat seramai lapan orang Sultan pernah memerintah disini bermula dengan Sultan Ibrahim Shah (1321-1373)




Makam Puteri Lindungan Bulan, Kubang Pasu


Kota Siputih ketika dulu pernah menjadi pusat pemerintahan negeri Kedah yang ketiga.


Dalam tradisi lisan, kisah Puteri Lindungan Bulan sering dikaitkan dengan serangan Acheh ke atas Kedah, kerana kemarahan Raja Acheh yang gagal memiliki puteri Raja Kedahyang berdarah putih. Tindakan Raja Kedah yang enggan menyerahkan puterinya yang berdarah putih sebaliknya menyerahkan puterinya yang berdarah merah telah menyebabkan Acheh menyerang Kedah. 

Walaupun Kedah telah tewas, tetapi Acheh gagal mencapai hasratnya kerana puteri tersebut telah disembunyikan di dalam sebuah lubang yang terletak agak terpencil sehingga cahaya bulan pun tidak sampai. Lantaran itu, puteri tersebut digelar 'Puteri Lindungan Bulan'. Terdapat sepasang nisan Acheh di makam yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Kampung Siputih yang dikenali sebagai
'Makam Puteri Lindungan Bulan'

Atas : Hero-hero yang encem

Bawah : Heroin yang cun terutama baju kuning...


Masa nie dah nak balik...nak p Gua Kerbau plak. Jalan nak masuk sini teramat la susah sebab jalan kecik...nak masuk cni pun kami sesat juga....nasib baik ada pemandu pelancong. Sapa itu pemandu pelancong...tungguuu....

p/s: Tunggu last episod k









No comments:

Label Blog Kami